Jadi Seperti Muhammad

by Abdullah Gymnastiar

Book review

Pada resensi yang lepas, saya bercerita tentang sebuah karya Aa Gym yang ditulis dalam saiz buku kecil sebesar telapak tangan dan diistilahkan oleh perbitnya sebagai 'fast book'.

Tahukah anda, saya menjadi begitu teruja pada siri-siri buku 'fast book' yang lain karya Aa Gym dan berazam mahu memiliki kesemua siri tersebut.Bukan itu sahaja, saya juga telah berjaya menggoda dan seterusnya menghasut kawan-kawan yang lain untuk membeli buku-buku 'fast book' ini.

Memetik kata-kata Aa Gym, bahawa hidup kita ini haruslah sentiasa memberi manfaat kepada orang lain. Justeru itu cara saya ingin memberi manfaat kepada kawan-kawan saya dan anda semua adalah dengan menghasut anda dan anda untuk membeli, memiliki dan membaca buku ini.

Ini adalah buku kedua 'fast book' yang saya miliki. Tajuk: Jadi Seperti Muhammad Halaman: 108 Penulis: Aa Gym Penerbit: PTS Harga: RM10

Jadi Seperti Muhammad dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu: Bahagian 1: Rasul Rahmatan Lil Alamin, Bahagian 2: Jadi Seperti Muhammad dan Bahagian 3: Memetik Hikmah

Menyoroti kisah kehidupan Rasulullah saw membuatkan saya sering tertanya-tanya dalam kekaguman 'bagaimana agaknya baginda mengatur masa sehingga dalam pelbagai aspek kehidupan, baginda selalu menjadi terbaik'. Rasulullah saw adalah teladan buat kita dan baginda menunjukkan teladan sebaik-baik teladan yang harus kita contohi. Baginda berjaya menunjukkan kepada kita, umatnya bahawa bukan perkara mustahil untuk menjadi terbaik dalam semua perkara.

Saya selalu beranggapan, bahawa tidak mungkin kita sebagai manusia yang lemah boleh menjadi terbaik dalam kerjaya, pelajaran, atau keluarga serentak. Pasti salah satu aspek tersebut kita agak kurang stabil sedikit contohnya, apabila anda sudah mempunyai anak-anak, anda perlu melayan kerenah anak-anak anda. Secara tidak langsung tumpuan untuk belajar agak berkurangan dan kerjaya begitu juga. Impak dari itu kita akan cuba 'slow down' kerjaya kita dan buat ala kadar sahaja kerana mahu menumpukan pada alam rumah tangga. Antara faktor-faktor kenapa terjadi sedemikian ialah kerana kita beralasan kurangnya masa dan tidak berdaya dari fizikal.

Tetapi apabila membaca kisah kehidupan Rasulullah saw, saya merasa mungkin anggapan saya itu cuma satu mitos dan tidak berasas. Sedikit demi sedikit saya mula menyematkan dalam diri saya satu kepercayaan bahawa kita boleh menjadi terbaik dalam semua perkara secara serentak kerana Rasulullah saw telah menunjukkan kepada kita bahawa baginda boleh menjadi terbaik dalam semua aspek, jadi kita juga harus boleh seperti itu! Tidak ada perkara yang mustahil dalam dunia ini jikalau kita ada kemahuan untuk berjaya. Allah tidak kejam untuk menghalang hamba-hambaNya mengecapi kejayaan. Kekadang kita kurang yakin dengan kemampuan kita, tetapi sebenarnya kemampuan kita adalah lebih daripada apa yang kita sangkakan.

Saya suka membaca buku biografi, yang mengisahkan kehidupan orang-orang yang berjaya. Antaranya ialah sudah tentu kisah Rasulullah saw sendiri yang terlalu banyak iktibar yang perlu kita ambil sepanjang kehidupan baginda. Pada pendapat saya, kisah Rasulullah saw dan para sahabat adalah kisah-kisah yang harus sentiasa diberitahu kepada umat Islam dari semasa ke semasa agar kita terus 'fresh' dengan cerita-cerita sedemikian. Orang-orang yang tidak membaca dan tidak berusaha mencari pembacaan berkenaan Rasulullah saw, bagi saya, dia adalah orang yang sombong kepada baginda. Sampai hati anda tidak ada usaha untuk mengenali baginda dan cara paling mudah mengenali baginda adalah dengan banyak membaca al-Quran serta buku-buku karangan tentang baginda yang berlambak-lambak sekarang ini. Baginda adalah orang yang sentiasa mengasihi kita sebagai umatnya sehinggakan pada waktu sakaratul maut pun, baginda masih menyebut 'ummati', 'ummati','ummati'.

Pada resensi kali ini saya tidak banyak menceritakan isi kandungan buku ini, kerana saya mahu membeli buku lain tentang Nabi Muhammad saw dan insyaAllah saya akan becerita berjela-jela tentang kehidupan Rasulullah melalui buku itu.

Cuma pada kali ini, saya mahu menyatakan rasa gembira dan syukur kerana buku 'fast book' ini membuatkan saya sekali lagi gembira dan begitu seronok sekali membaca tentang kehidupan Rasulullah saw dalam kedaan santai dan selesa. Saya baru membacanya semalam dan ternyata mesej yang disampaikan begitu jelas. Seperti yang sebut pada resensi sebelumnya, buku ini walaupun kecil dan seolah-olah nampak tiada apa-apa, tetapi ia memiliki auranya.

Saya suka dengan gaya bahasa penulis di mana beliau seolah-olah berinteraksi dan menasihati saya ketika membaca tulisannya. Boleh saya katakan buku ini mesra pembaca. Bukan sahaja buku ini, malah buku sebelumnya iaitu Menjadi Muslim Terbaik, juga sedemikian. Tulisan-tulisan di dalamnya seolah-olah berkata-kata dengan saya!

Memetik kata-kata akhir pada buku ini di halaman 108, di mana penulis menyatakan bahawa buku ni terlalu sederhana untuk menceritakan tentang peribadi agung Rasulullah saw. Tetapi melalui buku ini , kita haruslah perlu kembali bermuhasabah dan kembali bersemangat untuk terus mengetahui dan mempelajari kehidupan baginda, seterusnya mengamalkan dalam kehidupan seharian kita.

Title
ISBN
Author
PublisherPTS Milennia
Pages count108
File size3.6 Mb
eBook formateBook, (torrent)En
Book rating4.5 (10 votes)

Read also